Orang Hui yang terkenal Orang_Hui

  • Bai Chongxi (白崇禧), panglima tentera Republik China
  • Bai Shouyi (白壽彝), sejarawan dan etnologis China yang terkenal
  • Hui Liangyu (回良玉), Timbalan Perdana Menteri Republik Rakyat China
  • Li Zhi (李贄), keturunan saudagar Parsi dan ahli falsafah terkenal yang mungkin dianggap sebagai seorang Hui jika beliau masih hidup pada hari ini
  • Ma Dexin (马德新), sarjana Islam di Yunnan
  • Ma Hualong (马化龙), salah seorang pemimpin Pemberontakan Orang Islam 1862-77
  • Shi Zhongxin, datuk bandar Harbin dari tahun 2002 hingga Februari 2007 yang leluhurnya datang dari Jilin
  • Zhang Chengzhi (張承志), penulis kontemporari dan dikatakan sebagai pencipta istilah Red Guard
  • Zheng He (鄭和), seorang Muslim Semu, yang mungkin merupakan orang Islam paling terkenal dalam sejarah China, yang mungkin dianggap sebagai orang Hui sekiranya beliau masih hidup pada hari ini